Surat Pekeliling Cuti Umum Hari Jumaat dan Sabtu bagi Negeri Johor mulai 1 Januari 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Di dalam pekeliling bilangan 3 tahun 2013 ini, ada dinyatakan tentang waktu bekerja selaras dengan surat pekeliling pekeliling perkhidmatan bilangan 3 tahun 2010.

Penyeragaman waktu bekerja berperingkat bagi semua agensi kerajaan persekutuan di negeri-negeri yang hari mingguannya ialah hari Jumaat, maka waktu bekerja berperingkat bagi agensi kerajaan negeri johor adalah seperti berikut:-

Pemilihan Calon Persediaan Tokoh NILAM Daerah Batu Pahat bagi tahun 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Warga Guru Perpustakaan Media (GPM) Sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat

Perkara di atas dirujuk. Untuk makluman kepada semua GPM, tuan/puan diminta untuk menghantar borang pencalonan Tokoh NILAM bagi Pemilihan Calon Persediaan Tokoh NILAM Daerah Batu Pahat Bagi Tahun 2014. Sehubungan dengan itu, setiap sekolah perlu menghantar 1 orang wakil bagi kategori Bahasa Malaysia dan 1 wakil bagi kategori Bahasa Inggeris. Tarikh akhir penghantaran borang adalah pada 30 September 2013.

Kriteria Pemilihan adalah seperti berikut ;

1. Bagi Sekolah Menengah, murid/pelajar Tingkatan 4 2013.

2. Bagi Sekolah Rendah, murid Tahun 5/2013.

* Lain-lain kriteria, sila rujuk borang pencalonan yang dilampirkan dibawah. Sekian untuk makluman.

Mesyuarat Agung Persatuan Pusat Sumber Pendidikan Negeri Johor Bil 1/2013

mesyuarat_persatuan_pss

Assalam dan Salam 1 Malaysia,

Satu mesyuarat agung Persatuan Pusat Sumber Pendidikan Negeri Johor Bil 1/2013 telah diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Kulai pada hari Khamis 31 Januari 2013. Mesyuarat ini diadakan bertujuan bagi melantik semula jawatankuasa baru serta aktiviti-aktiviti persatuan bagi tahun 2013.

Maklum Balas Pemasangan Projek 1BestariNet (Online Form)

maklum_balas

Assalam dan Salam 1 Malaysia,

Berikutan terdapat masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah terhadap projek pemasangan talian 1BestariNet di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, kami memohon jasa baik pihak pengurusan sekolah-sekolah ahli bagi PKG Bagan dapat mengisi borang maklum balas atas talian yang disediakan bagi membantu pihak kami memanjangkan perkara ini ke pihak yang berkenaan.

Penafian: BTP dan PKG adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8 ke atas dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1280 x 768 dan ke atas."